ANUGERAH Juara Lagu edisi ke-40 (AJL40) melabuhkan tirainya pada malam Sabtu dengan menyaksikan kemenangan lagu berjudul Tiwikarma nyanyian kumpulan K.O.I.
Bukan sekadar bersaing merebut trofi utama, malah setiap persembahan 10 karya bertanding turut meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat peminat.
Persembahan artis jemputan tidak kurang hebatnya apabila penonton terhibur dengan kemunculan penyanyi Amelina dan Ziana Zain yang bergandingan di segmen akhir AJL40.










