PELAKON dan pengacara Sean Lee mengalami keracunan makanan sewaktu berada di Hong Kong bagi menghadiri sebuah acara yang dianjurkan oleh jenama motosikal pada Selasa lalu.
Berkongsi pengalaman itu, Sean atau Lee Jia Ern, 30, berkata badannya tiba-tiba berasa tidak selesa sehingga dia termuntah di bahu jalan ketika ingin pulang ke tempat penginapan.
“Selepas makan tengah hari, sewaktu saya ingin bersiar-siar tiba-tiba badan rasa tidak selesa. Pening dan badan rasa penat.

Sean mengalami keracunan ketika tiba di Hong Kong.





