Blog

26 Results / Page 3 of 3

Karyawan Tak Diskriminasi Pemuzik Jalanan

Oleh Khadijah Ibrahim LIMA pemuzik jalanan atau buskers telah diberi kesempatan untuk muncul dalam sebuah album kompilasi yang berjudul Bintang Jalanan - Kolaborasi Album Pemuzik Jalanan. Mereka yang bertuah itu ialah Ammal (Naib Juara Akademi Fantasia 2016), Amir (Mentor), Islah (All Together Now), Yone (antara buskers Pulau Pinang terbaik) dan Nan Blues (Otai Buskers Malaysia). Menurut penerbit album, Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Abdullah, idea asal penghasilan rakaman ini tercetus […]

today19 July 2024 87

“Patut Ada Galeri Pencapaian Datuk Sharifah Aini” – Dato’ Aishah

Oleh Asraf Aided Penyanyi veteran, Dato' Aishah berharap agar diwujudkan sebuah galeri yang mempamerkan segala pencapaian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini. Aishah atau nama kelahirannya Wan Aishah Wan Ariffin, 59, berkata kewujudan sebuah galeri khas buat penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu memang wajar dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dan persatuan artis demi menghargai pencapaian dan sumbangan Allahyarham terhadap industri seni Malaysia. "Seperti yang kita tahu, baru-baru ini kediaman Kak Pah […]

today18 July 2024 105

Nadia Brian Komen Hobi Artis Muda Suka Cucuk Muka!

Oleh Asraf Aided Bintang jelita, Nadia Brian memberi amaran kepada golongan wanita dan rakan-rakan artis yang masih muda agar tidak terburu-buru membuat suntikan kosmetik serta pengubahsuaian wajah kerana ia mempu memberikan kesan buruk di masa depan. Nadia berkata penjagaan wajah secara semulajadi sudah memadai jika golongan berkenaan bijak memanfaatkan petua dan bahan organik yang selamat. "Saya faham perkara seperti ini adalah hak individu, saya pun tak mahu condemn sesiapa. Namun […]

today17 July 2024 122

Tomok Sebak, Ramai Datang Tonton Konsert New Boyz

Oleh Khadijah Ibrahim VOKALIS utama New Boyz, Tomok tidak dapat menahan rasa sebak apabila melihat begitu ramai penonton ke Konsert New Boyz 25th Anniversary yang berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Sabtu lepas. Tomok yang mendendangkan 28 buah lagu nostalgia kumpulan yang ditubuhkan pada 1999 itu tidak sangka beliau dan rakan-rakan mampu mengadakan persembahan di pentas sama yang pernah menyaksikan barisan artis ternama seperti Dato' Seri Siti […]

today15 July 2024 168

“Menang Cabutan Bertuah Pun Tak Pernah” – Aepul Roza Terharu Dinobatkan Sebagai Juara The Hardest Singing Show

Oleh Asraf Aided Diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Rina Nose, program The Hardest Singing Show telah melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan Aepul Roza sebagai juara. Aepul yang meraih markah tertinggi daripada juri iaitu sebanyak 82.30 membawa pulang wang tunai RM150,000 serta pakej percutian dan trofi. Ketika persembahan solo, Aepul menyanyikan lagu It's My Life (Bon Jovi) dengan penuh bertenaga dan meraih sorakan bergemuruh. Dalam pusingan kedua bersama Putera Muhammad, […]

today15 July 2024 285

Jangkitan Kuman: Datin Hajah Alyah Makin Sembuh

Oleh Roslen Fadzil PENYANYI Jutaan Purnama, Datin Hajah Alyah Abu Hasan, 43, bersyukur kerana telah sembuh daripada batuk kronik serta jangkitan kuman di bahagian paru-parunya, sekali gus boleh meluangkan masa kembali bersama bayinya, Nur Izzara, 3 bulan. Bercakap kepada Team Showbiz Suria FM hari ini (Jumaat, 12 Julai), Alyah berkata beliau mula mengalami batuk-batuk yang teruk itu selepas selesai menyempurnakan tawaf dalam ibadah hajinya di Makkah, pada pertengahan Zulhijjah lalu. […]

today12 July 2024 89

Aisha Retno Tak Kecil Hati ‘Dihencap’ Juri

Oleh Asraf Aided PENYANYI berbakat, Aisha Retno tidak berkecil hati langsung dengan dengan komen-komen juri yang sesekali mengkritik persembahannya dalam pertandingan The Hardest Singing Show. Maestro muzik Dato' Ramli MS (Tok Ram) baru-baru ini menegur Aisha supaya tidak terlalu menunjuk 'intelektual' dalam persembahannya sementara Edry Abdul Halim selaku juri tetap menyifatkan Aisha belum memiliki aura seperti seorang penyanyi bertaraf diva. Pun begitu, Aisha tetap tenang apabila 'dihencap' sebegitu rupa dan […]

today9 July 2024 112

Meer Nash nafi video muzik Overwhelming selit adegan mencederakan diri

Oleh Asraf Aided PENYANYI baru Meer Nash menafikan dia cuba menyelitkan aksi mencederakan diri sendiri di dalam video muzik lagu terbaharunya, Overwhelming. Ini bagi menjawab dakwaan sesetengah pihak selepas melihat visual video muzik itu di laman sosial yang menampakkan dia sedang tenggelam dalam air dengan lehernya terjerut dengan tali. Meer atau nama kelahirannya, Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul, 29, menjelaskan itu semua cuma salah faham dan andaian sesetengah pihak selepas menonton […]

today4 July 2024 98

No more entries

0%