SENIMAN legenda Datuk Rahim Razali mendedahkan dirinya masih dihujani tawaran berlakon daripada pelbagai pihak produksi biarpun kini sudah mencecah usia 87 tahun.
Bagaimanapun, Rahim mengakui terpaksa meletakkan syarat ketat dan lebih selektif sebelum menerima sebarang naskhah berikutan faktor fizikal llserta daya ingatan yang semakin terhad.
Jelasnya, peningkatan usia membuatkan dia tidak lagi mampu bertahan untuk jadual penggambaran yang panjang seperti dahulu.

Rahim berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






