SETIAP ibu bapa pastinya mengimpikan untuk melihat perkembangan positif anak-anak apabila dihantar ke kelas tambahan, lebih-lebih lagi melibatkan ilmu keagamaan.
Namun, perasaan hampa dan terkilan sukar dibendung apabila anak yang dihantar ke kelas tertentu masih belum menunjukkan sebarang kemajuan, sedangkan yuran bulanan sentiasa dilunaskan tanpa culas.
Situasi berkenaan dialami seorang wanita apabila anaknya yang dihantar ke kelas mengaji selama 11 bulan didakwa masih gagal mengenal huruf hijaiyah.

Guru bertindak memberi tunjuk ajar kepada setiap muridnya. -Gambar hiasan AI
“Aku daftar anak usia tiga tahun masuk kelas mengaji, bayar setiap bulan, dari Januari hingga sekarang nak masuk 11 bulan dah. Tapi anak masih tak boleh baca Alif Ba Ta dengan betul,” luahnnya di Thread.
Seolah-olah tidak berpuas hati dengan sesi pengajaran kelas tersebut, dia turut menegaskan bahawa kebolehan anaknya membaca doa makan dan berselawat adalah hasil didikannya sendiri di rumah.





