TEGURAN daripada sahabat ada kalanya menjadi kenangan yang terus tersemat di dalam ingatan terutama apabila disampaikan dengan niat untuk membantu memperbaiki diri.
Seorang wanita berkongsi dia sering teringat kepada rakan baiknya yang disifatkan banyak mengajarnya tentang adab sebagai wanita.
Jelasnya, tanpa nasihat dan teguran rakan baiknya, dia mungkin masih memandang ringan terhadap perkara yang dianggap kecil tetapi memberi kesan kepada cara pandangan orang terhadapnya.






