Hiburan

Visual AI papar Najwa Latif tidak bertudung, syarikat elektronik sudah mohon maaf… “Mereka ambil video suami dan buka aurat saya”

PENYANYI Najwa Latif menjelaskan syarikat produk elektronik yang didakwa menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan video memaparkan dirinya tidak bertudung sudah memohon maaf kepadanya.

Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latif, 30, berkata pihak syarikat berkenaan menghantar permohonan maaf menerusi mesej langsung (DM) di Instagram, namun dia belum memberikan sebarang maklum balas.

Kata Najwa, dia kini sedang berbincang dengan pihak pengurusan bagi menentukan tindakan selanjutnya terhadap perkara itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh