PELAKON Ammar Alfian masih menanti namanya dibersihkan selepas imejnya tercalar susulan tuduhan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan aktor berkenaan.
Menurut Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, dia tidak mengharapkan apa-apa selain permohonan maaf secara terbuka daripada wanita tersebut atas segala tuduhan yang dilemparkan.
"Perbicaraan seterusnya pada Januari nanti. Saya sudah menang injunksi supaya dia menjauhkan diri. Tapi saya masih dengar dia masih lagi bercerita fasal saya secara terbuka, jadi dia memang melawan mahkamah.

Ammar penat dipandang sinis oleh masyarakat.






