PELAKON Shima Anuar bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kakak iparnya, selepas mendakwa wanita itu menyebarkan fitnah dan memburukkan namanya di media sosial.
Shima atau Noor Hashimah Anuar, 35, berkata dia sudah menghubungi peguam pada Khamis bagi mendapatkan nasihat berhubung perkara tersebut dan kini dalam proses menghantar surat tuntutan (LOD) kepada individu berkenaan.
Menurut Shima, tindakan undang-undang merupakan langkah yang wajar bagi memberi pengajaran serta menghentikan segala tuduhan terhadap dirinya.







