SOAL mendidik anak memang memerlukan pendekatan tersendiri.
Ada ibu bapa memilih cara lembut, manakala sesetengahnya lebih tegas demi memastikan si kecil membesar sebagai individu berdikari dan bertanggungjawab.
Pendekatan tegas itu dikongsikan seorang wanita mengenai cara suaminya mendidik anak lelaki sulung mereka yang kini berusia lapan tahun.
“Anak sulung lelaki aku yang berusia lapan tahun sekarang tengah fasa ‘benci mak dan ayah’. Sebabnya, semua benda dia kena buat ikut masa dan disiplin ketat.
“Ayahnya pula askar, jadi bila bagi arahan memang kena cepat buat dan tak boleh lambat-lambat. Lagi bertambah sakit hatilah anak tu,” luahnya.
Lelaki yang biasa melakukan kerja rumah akan lebih berdikari dan tidak menganggap tugas domestik sebagai sesuatu yang hanya perlu dilakukan oleh wanita. -Gambar hiasan
Tambahnya menerusi hantaran di Threads, anak lelakinya dilatih bangun seawal pukul 5.30 pagi untuk mandi dan menunaikan solat subuh berjemaah di masjid tanpa mengira sama ada hari persekolahan atau cuti.





