TERBUKA menerima teguran, penyanyi Ernie Zakri turut memohon maaf susulan pelbagai komen kurang menyenangkan terhadap penampilannya dalam sebuah acara sebelum ini.
Bagi Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, setiap pandangan yang diberikan membuka mata untuk dia lebih berhati-hati dalam menjaga imej sebagai seorang penyanyi.
“Saya hanya manusia biasa. Bila orang beri teguran, saya terima dengan terbuka. Tidak perlu nak berlawan. Kadang-kala kita lihat dengan mata sendiri, namun terlupa ada pandangan luar juga yang harus diambil kira.

Ernie mengambil kira setiap teguran untuk perbaiki diri.






