PELAKON Azar Azmi mengambil pendekatan mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan kes mahkamah yang melibatkan suaminya, Mohd Apri Hazreen.
Azar, 37, berkata, dia perlu menghormati proses perundangan yang sedang berjalan selain akur dengan arahan pihak berkuasa agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.
“Bab itu saya tak boleh nak cakap apa-apa sebab sebelum saya hadiri mana-mana acara ke atau berjumpa dengan sesiapa, Azar sendiri akan hubungi pihak yang tertentu untuk bertanya sama ada boleh atau tidak soalan begini dijawab.

Pihak berkuasa minta Azar untuk tidak bercakap mengenai kes yang sedang berlangsung.






