ADAB menuntut ilmu sering ditekankan sebagai asas paling penting yang perlu dijaga oleh setiap pelajar, tanpa mengira peringkat usia.
Di Threads, tular satu perkongsian yang mencetuskan perdebatan susulan luahan kesal seorang individu terhadap tindakan pelajar program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) sebuah universiti swasta, didakwa bertindak kurang ajar terhadap pensyarahnya.
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan turut berkongsi tangkap layar (screenshot) mesej yang didakwa ditinggalkan pelajar terbabit dalam ruang forum perbincangan kelas.







