SEORANG lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat sekitar Alor Setar, Kedah.
Hebahan tersebut dibuat anak kepada Abdul Rahman Idris menerusi akaun Facebook Nurul Shuhada Nsar yang menyatakan lelaki berusia 74 tahun itu memakai baju Melayu hijau dan berkain pelekat ketika kali terakhir dikesan.
“Lokasi terakhir dilihat adalah sekitar rumah di Simpang Kuala, Alor Setar Kedah. Dia hendak pergi menunaikan solat Jumaat di Masjid Tanjong Bendahara dengan menaiki Axia putih bernombor plat VAL7263.





