HIDUP dalam keadaan pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif, pencari kerja bukan sahaja perlu memiliki kelayakan sesuai, malah terpaksa bersaing dengan ribuan calon lain bagi merebut kekosongan jawatan.
Dek kerana tekanan tersebut, seorang wanita mengakui terpaksa menipu maklumat dalam resumennya semata-mata untuk meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan.
Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita itu mengakui dia tidak pernah memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak seperti yang dinyatakan dalam resume yang dihantar kepada sebuah tadika.

Bekerja dalam bidang penjagaan dan pendidikan kanak-kanak memerlukan kesabaran tinggi serta tanggungjawab yang besar. Gambar hiasan AI





