SEORANG wanita meluahkan rasa luluh dan teraniaya apabila niat murninya untuk pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di rumah mentua bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri, selepas dia kehilangan koleksi barang kemas bernilai kira-kira RM100,000.
Berkongsi cerita tentang detik hitam itu, wanita ini memberitahu kejadian dipercayai berlaku ketika dia dan suami keluar sebentar meninggalkan kediaman tersebut dalam tempoh yang sangat singkat.
“Balik kampung untuk beraya rumah mentua. Pada suatu malam tu sekitar pukul 11, kami keluar sekejap dan balik pukul 12 tengah malam.






