SIKAP bertimbang rasa sangat penting dalam sesebuah persahabatan bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham atau rasa tidak puas hati.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas berdepan situasi kurang menyenangkan apabila niatnya untuk keluar makan bersama seorang rakan bertukar menjadi pengalaman yang menyakitkan hati.
Menurut wanita berkenaan, dia tidak kisah berkongsi makanan dengan anak-anak rakannya, namun berasa amat terkilan apabila tindakannya itu diambil mudah oleh ibu mereka.

Buat pesanan makanan untuk anak adalah lebih baik daripada mereka meminta makanan orang lain. -Gambar hiasan AI




