LAZIMNYA, penghujung tempoh praktikal menjadi detik cukup bermakna buat guru pelatih apabila menerima ucapan, hadiah atau kejutan ringkas daripada murid sebagai tanda penghargaan.
Namun menerusi perkongsian seorang wanita di Threads, situasi berbeza pula berlaku di sekolah anaknya.
Dalam satu hantaran, wanita tersebut mendakwa pihak sekolah mengeluarkan memo menetapkan bahawa sebarang sambutan atau penghargaan bagi meraikan guru praktikal tidak lagi boleh dilakukan sesuka hati, sebaliknya perlu mendapat kebenaran daripada guru besar.
Para guru mendidik anak bangsa tanpa mengharapkan balasan. -Gambar hiasan AI





