SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila terpaksa menyambut Aidilfitri bersendirian di Malaysia selepas suaminya yang merupakan rakyat Turkiye mengambil keputusan pulang ke negaranya atas urusan keluarga.
Menurut wanita berkenaan, dia baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu dan tidak menyangka isu perbezaan budaya menjadi punca salah faham, khususnya melibatkan persiapan hari raya.
“Saya rakyat Malaysia dan baru berkahwin dengan lelaki Turkiye. Dia akan pulang ke negaranya atas urusan keluarga dan saya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri seorang diri di Malaysia tanpa dia,” luahnya memulakan cerita.

Masalah kewangan boleh terjadi dalam kehidupan seseorang sudah berumah tangga. -Gambar hiasan AI





