HUBUNGAN antara rakan sekerja sememangnya memerlukan komunikasi yang baik bagi memastikan urusan kerja berjalan lancar.
Namun, cara berinteraksi juga perlu mempunyai batas supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang, terutama apabila melibatkan individu yang sudah berumah tangga.
Situasi itu dilalui seorang wanita apabila terdengar perbualan telefon antara suaminya dengan rakan sekerja di pejabat.





