BARANG kemas lama yang disimpan sejak bertahun-tahun atau diwarisi daripada ahli keluarga kebiasaannya tidak lagi mempunyai resit mahupun bukti pembelian.
Meskipun berharga dan nilainya mengikut pasaran semasa, namun situasi itu kadang kala menimbulkan kesukaran apabila pemilik baru mahu menjual ketika memerlukan wang tunai dengan segera.
Begitulah situasi dilalui wanita ini selepas hasrat menjual beberapa barang kemas lama tidak kesampaian malah mendatangkan masalah.






