PERMAINAN Lego dikenali sebagai antara hobi yang memerlukan kos tinggi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengumpul koleksi eksklusif sejak bertahun-tahun.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila tindakannya mempertahankan koleksi Lego miliknya disalah tafsir hingga mengundang kata-kata yang menggores hati.
Menurutnya, situasi berlaku ketika anak saudaranya datang ke rumah dan menangis kerana mahu membawa pulang salah satu koleksi Lego miliknya.

Selain mahal, Lego juga menuntut kesabaran dan ketekunan dalam menyiapkannya. -Gambar hiasan AI





