SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila gaji suaminya didakwa lewat dibayar, sekali gus menjejaskan perancangan keluarganya menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.
Katanya, pihak syarikat memberi alasan pembayaran gaji tidak dapat diproses pada tarikh sepatutnya kerana ia jatuh pada hari cuti, menyebabkan pekerja perlu menunggu sehingga hari bekerja berikutnya.
Bagi wanita itu berkata, kelewatan berkenaan sangat memeritkan kerana ia berlaku ketika keluarganya sedang membuat persiapan untuk menyambut Aidiladha selain merancang sambutan hari jadi anak mereka.

Ramai yang merancang untuk bercuti bersama keluarga setiap kali menjelang cuti umum. -Gambar hiasan AI




