ISU pilih kasih atau sikap ‘bias’ ibu mentua terhadap anak lelaki sendiri bukanlah perkara asing dalam masyarakat kita.
Terbaharu, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya hanya mendiamkan diri selepas menerima ucapan tahniah meskipun pujian tersebut dituai hasil dari penat lelahnya sendiri.
“Aku baru beli kereta baru, sepenuhnya duit aku termasuk bayaran bulanan, cukai jalan, penyelenggaraan dan sebagainya.






