LAZIMNYA wang hantaran digunakan bagi menampung kos kenduri atau sebagai simbol penghargaan kepada pihak pengantin perempuan.
Namun berbeza bagi wanita ini apabila wang hantaran diterimanya sebanyak RM12,000 lapan tahun lalu digunakan bapanya untuk tujuan berbeza.
Wanita itu mengakui pada peringkat awal dia tidak bersetuju dengan tindakan bapanya itu kerana merasakan ia sepatutnya dibelanjakan untuk urusan perkahwinannya.






