SEBUAH video menyentuh hati tular di TikTok apabila seorang wanita warga Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK) hampir 10 tahun tidak dapat menahan sebak apabila menerima selonggok roti Gardenia.
Jenama roti terkenal tanah air yang begitu sinonim dengan sarapan pagi rakyat Malaysia berkenaan sememangnya dianggap sebagai ‘comfort food’ untuk sebahagian besar rakyat negara ini.
Dalam rakaman berdurasi hampir satu minit dimuat naik pengguna TikTok, Yusliana, wanita berkenaan kelihatan terkejut sebaik membuka bungkusan yang mengandungi beberapa jenis roti Gardenia termasuk perisa jagung kegemarannya.





