SATU kemalangan ngeri berlaku melibatkan seorang penunggang motosikal wanita dirempuh kayu balak bersaiz besar yang jatuh dari sebuah lori yang sedang bergerak dalam kejadian dekat sebuah persimpangan lampu trafik dekat Gua Musang Kelantan pada Selasa.
Kejadian tersebut turut dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan yang berada di lokasi kejadian.
Berdasarkan klip tersebut, wanita berkenaan dilihat sedang menaiki motosikal dan menunggu isyarat lampu trafik di lorong kanan persimpangan terbabit.