SEORANG wanita maut selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari di Jalan Utama Batu 17, Jambatan Sungai Temala, Wakaf Tapai, Marang di Terengganu pada pukul 6.30 pagi Rabu.
Pengguna Facebook, Nur Hidayah Hidayah menerusi satu posting di Facebook mendakwa, mangsa dilanggar lari semasa dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya.
“Mangsa menuju ke tempat kerjanya telah mengalami kemalangan maut di Jambatan Sungai Temala, Wakaf Tapai. Mangsa telah dilanggar dari arah Ajil ke Wakaf Tapai,” tulisnya.





