Viral

[VIDEO] ‘Tolak-tolak suruh masuk balik’, mulianya hati, enggan terima duit baiki kereta kena langgar di Skudai

TULAR di media sosial satu insiden yang memaparkan sikap mulia seorang pemandu yang enggan menerima bayaran RM200 selepas keretanya bergesel dengan sebuah kenderaan lain di bahu jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Universiti, Skudai, Iskandar Puteri, Johor.

Rakaman video kejadian yang dikongsi pengguna TikTok, @kujiecats, menunjukkan pemandu Toyota Vios berkenaan, yang memakai baju kuning menolak tawaran bayaran penuh daripada pemandu yang dikenali sebagai Angah, meskipun Angah mengakui kesilapan dan cuba menghulurkan wang sebagai pampasan.

Sebaliknya, pemandu Vios itu hanya meminta RM80 sebagai ganti rugi dan meminta Angah kembali ke keretanya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.