TULAR di media sosial rakaman memaparkan beberapa kereta remuk di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh, Perak mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet apabila punca kejadian masih belum diketahui.
Menerusi hantaran dimuat naik laman Facebook Perak Press, kejadian dipercayai baru berlaku di kawasan tersebut dengan kapsyen ringkas ‘teruknya, katanya baru berlaku dekat KTM Ipoh tadi (Ahad). Harap ada CCTV sekitar situ’.
Video berdurasi 38 saat itu menunjukkan tiga buah kereta, masing-masing jenis Honda, Toyota dan Proton mengalami kerosakan teruk di bahagian bampar belakang, seolah-olah dirempuh dengan kuat.





