TULAR di media sosial aksi dua individu dipercayai content creator warga Indonesia yang didakwa cuba mengganggu ketenteraman awam di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Dalam video berdurasi 24 saat itu, salah seorang daripada mereka dilihat memegang sebongkah batu bata sambil berjalan di tengah-tengah laluan pejalan kaki selepas lampu isyarat bertukar hijau.
Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan turut dilihat cuba menakut-nakutkan orang ramai dengan gaya seolah-olah mahu membaling batu bata tersebut, walaupun akhirnya tidak berbuat demikian.





