GARA-GARA perlanggaran kecil, seorang wanita bertindak di luar kawalan apabila mengasari dan memukul pemandu warga emas di sebuah jalan raya dekat Setapak, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam satu rakaman tular di laman Facebook, memaparkan perbuatan ganas pelaku yang terlebih dahulu memarahi wanita tua terbabit akibat kemalangan tersebut.
Namun, situasi kian meruncing apabila individu berkaca mata dan berbaju merah itu terus memukul mangsa sebaik cuba ditenangkan beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian.





