WALAUPUN sudah memasuki 2025, masalah penjaga kereta tanpa kebenaran atau lebih dikenali sebagai ulat parkir yang mengenakan caj tidak masuk akal masih belum dapat dibendung sepenuhnya khususnya di beberapa kawasan tumpuan awam.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @Rilllo_ berkongsi pengalaman tidak menyenangkan apabila dihampiri dua ‘ulat parkir’ di kawasan tempat letak kereta berhampiran restoran Mee Tarik di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Dalam video yang tular sejak Selasa, lelaki tersebut dilihat berkeras menolak untuk membayar caj yang dituntut dan meminta agar kedua-dua ulat parkir menunjukkan lesen sah bagi membenarkan mereka mengenakan bayaran.





