TULAR satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) di media sosial menyaksikan kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan, termasuk sebuah kereta peronda polis dengan insiden difahamkan berlaku di persimpangan lampu isyarat empat penjuru di Bintulu, Sarawak.
Dalam video berdurasi 18 saat yang dimuat naik pengguna media sosial, kelihatan sebuah kereta berwara putih memecut dengan tindakan itu difahamkan bagi mengejar lampu hijau.
Namun, tindakan itu akhirnya memakan diri apabila pemandu berkenaan merempuh bahagian belakang sebuah kereta peronda polis yang sedang dipandu perlahan.