TULAR di media sosial rakaman video memaparkan gelagat seorang lelaki yang dipercayai cuba memperdayakan penjaga kaunter pembayaran di sebuah kedai dengan mendakwa baki wangnya tidak mencukupi.
Video berdurasi dua minit yang dikongsi di laman Facebook milik Penang Kini menarik perhatian ramai selepas memaparkan tindakan licik seorang lelaki yang akhirnya terbongkar dengan taktiknya sendiri.
Kejadian yang lokasi sebenarnya belum dikenal pasti itu dikatakan berlaku selepas seorang lelaki membeli barangan bernilai RM11.50 dan membuat pembayaran menggunakan wang tunai RM100.





