TINDAKAN pelakon Sharnaaz Ahmad yang didakwa mengamuk dalam satu sesi siaran langsung menerusi laman sosialnya yang tular di media sosial sejak Jumaat, meraih perhatian warga maya.
Difahamkan, pertelingkahan kecil melibatkan aktor tanah air itu dengan wanita warga asing berlaku disebabkan masalah parkir.
Berdasarkan rakaman yang dikongsikan, wanita berkenaan dipercayai melarang Sharnaaz untuk meletakkan kenderaannya di kawasan tersebut.