TULAR di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden pergaduhan dua keluarga jiran wanita, selepas video tersebut dimuat naik oleh Malaysian Crime Watch – MyWatch.
Rakaman berdurasi lebih enam minit itu memperlihatkan pergelutan tercetus di kawasan perumahan apabila pertengkaran mulut antara dua wanita pertengahan usia bertukar menjadi pergaduhan fizikal melibatkan anak-anak.
Insiden dipercayai bermula apabila dua wanita masing-masing bertudung hijau dan berbaju jingga, saling berbalas kata-kata kasar di hadapan rumah yang sebelumnya kedua-dua mereka sedang membersihkan laman masing-masing.





