PENUMPANG berdepan detik cemas apabila melihat sebuah kereta jenis Perodua Axia putih dipandu secara berbahaya di jalan raya dipercayai di Melaka baru-baru ini.
Menerusi video tular di media sosial sejak Ahad, kereta yang dipandu warga emas itu dilihat beberapa kali memasuki lorong bertentangan.
Beberapa kenderaan kemudiannya cuba memberi amaran dengan membunyikan hon dan mengelak daripada bertembung.





