Suria7

Viral

[VIDEO] Seluk seluar sebelum cuit-cuit, warga asing disyaki galak meraba perempuan di Bukit Bintang

SEORANG lelaki dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap pengunjung wanita di khalayak ramai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi video tular di Twitter (X) sejak Ahad, lelaki asing itu melakukan perkara tersebut pada beberapa wanita yang berada di kawasan itu.

BACA LAGI: ‘Mana duit KWSP pekerja?’, guru tadika berprestij dakwa majikan tak bayar caruman

BACA LAGI: Media Singapura buat laporan khas bongkar pemandu, sistem bas ekspres Malaysia

Dalam video yang dimuat naik akaun @ricxxxkiddo, lelaki berkenaan mula dengan mencuit dan menyentuh punggung pengunjung wanita.

“Warga asing meraba wanita di Bukit Bintang. Hati-hati kalau nampak wajah mamat (warga asing) ni.

“Hati-hati juga untuk para wanita apabila di kawasan yang sesak. Ada yang akan ambil kesempatan,” tulisnya.

Pada masa sama, individu itu dilihat memasukkan tangannya ke dalam seluar sebelum melakukan perkara tersebut.

Rata-rata warga maya juga memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk menjejaki lelaki berkenaan.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

0%