TINDAKAN dua individu warga asing dipercayai warga Indonesia menyamar sebagai orang tempatan gara-gara ingin mendapatkan harga tiket yang murah ketika berkunjung ke pusat pelancongan di dalam negara mengundang kecaman warga maya baru-baru ini.
Manakan tidak, kedua-duanya tanpa segan silu dan rasa bersalah turut memuat naik video berkongsi tip bagi memasuki tempat tumpuan ramai tersebut.
Menurut lelaki dan wanita yang tidak didedahkan namanya itu lagi, sekiranya warga Indonesia ingin mendapatkan tiket yang sama harga dengan orang tempatan, mereka hanya perlu menggunakan Bahasa Melayu.





