SEBUAH video tular memaparkan seorang remaja lelaki terpaksa berenang sambil menolak tong hitam berisi beg sekolah demi sampai ke asrama sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Rakaman kurang seminit itu mencuri perhatian warganet apabila paras air banjir begitu dalam hingga hanya kelihatan dua kepala, remaja berkenaan dan seorang lelaki dipercayai bapanya, terapung di permukaan air ketika mereka meredah arus deras.
Berdasarkan video yang dimuat naik pengguna TikTok, yusoffpelamindanwiring2, laluan utama ke kawasan rumah mereka dikatakan terputus sepenuhnya akibat banjir yang naik mendadak.






