Viral

[VIDEO] Sekeluarga trauma, Myvi terbalik langgar bangkai lembu tengah jalan di Rompin

SEPASANG suami isteri dan anak trauma selepas terlibat dalam kemalangan yang dipercayai berlaku di Jalan Muadzam, Rompin, Pahang.

Menerusi video ‘dashcam’ yang dimuat naik di Facebook info.semasa, kereta jenis Perodua Myvi tersebut terbalik selepas dipercayai melanggar bangkai lembu yang berada di tengah jalan raya dalam kejadian kemalangan pada waktu malam itu.

Dalam pada itu, menerusi komen yang ditinggalkan di saluran Telegram oleh ahli keluarga dipercayai adik ipar mangsa menyebut bahawa keadaan mangsa tidak serius dengan mereka dilaporkan mengalami kecederaan serius, hanya sakit pada badan dan trauma.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.