SATU pergaduhan berlaku melibatkan dua pasukan bola sepak amatur dipercayai ketika perlawanan Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Tok Det yang berlangsung di Padang Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Padang Terap, Kedah baru-baru ini.
Menerusi video tular di media sosial sejak Isnin, beberapa pemain dilihat bertindak agresif dan bertengkar sesama sendiri di padang bola tersebut.
Dalam video sama, kelihatan juga pemain yang memakai baju jersi nombor tujuh cuba ditenangkan pengadil.





