SEORANG penunggang motosikal dilaporkan maut dirempuh sebuah lori di Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang, Banting, Selangor pada Rabu.
Menerusi video papan pemuka (dashcam) tular di media sosial, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat.
Dalam video sama, mangsa, Nazri Samsuri yang menunggang motosikal itu dilanggar dari belakang oleh lori terbabit ketika berhenti di lampu merah.





