PASANGAN suami isteri berdepan detik cemas apabila menyedari seorang anak perempuan mereka berusia empat tahun ‘tertinggal’ di dalam kereta pada Jumaat.
Insiden mencemaskan yang berlaku di sebuah taman perumahan dekat Selangor kira-kira pukul 2 petang itu hanya disedari mereka selang 15 minit kemudian.
Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas kanak-kanak tersebut tertidur ketika mengikut ibunya menghantar anak-anak yang lain ke sekolah sesi petang.





