Viral

[VIDEO] Rosak lepas lawatan Agong, penduduk Sabah kecewa jalan kembali berlubang selepas jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’

ISU jalan raya di Sabah kembali hangat diperkatakan warganet susulan kerosakan tar yang dialami penduduk di kawasan Pantai Timur Sabah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian warganet di Twitter pada Sabtu, memaparkan laluan berkenaan kembali rosak dipercayai beberapa bulan selepas tamatnya jelajah Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada September lalu.

Jalan sempit, berlubang dan tidak rata dikatakan antara punca laluan di situ kerap sesak selain kerosakan teruk dialami pada kereta pemandu yang melalui jalan tersebut.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%