SEORANG penunggang motosikal maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di di Jalan Jerus – Kok Lanas (dalam pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama) di Banggol Saman dekat Pasir Puteh, Kelantan pada Isnin.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan di aplikasi WhatsApp, kejadian itu berlaku pada lewat petang Isnin membabitkan dua remaja lelaki yang didakwa menunggang motosikal dengan laju di kawasan tersebut.
“Lebuh raya tak siap lagi tetapi sudah ada yang ‘rasmikan’. Ada yang kata budak putus kaki dan telinga itu meninggal dunia. Al-fatihah,” tulis individu yang hanya dikenali sebagai Azman.