“RASA nak pitam, kaki tak pijak tanah dan raya terhuyung-hayang,” itulah perkataan yang keluar dari mulut seorang rakyat Malaysia yang turut merasai gegaran di Thailand selepas gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar pada Jumaat.
Menurut Irfan Foner, gegaran tersebut turut menyebabkan panik dalam kalangan pengunjung dan peserta pameran pesta buku yang berlangsung di Bangkok.
“Satu pengalaman yang mencemaskan, gempa bumi di pesta buku, semua orang lari keluar. Bangunan rasa bergegar dan boleh nampak lampu di atas siling bergoyang-goyang.