RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengambil kanak-kanak menghidap sindrom ‘congenital generalised hypertrichosis’ (CGH), Missclyen Anak Roland sebagai anak angkat.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang wanita menerusi laman Facebook pada Rabu yang memuat naik gambar surat istana bertarikh 10 Oktober 2023, berhubung perkara tersebut.
“Waba’ dah Ehwal Beta berhasrat untuk mengambil Missclyen sebagai anak angkat. Dalam hubungan ini, Beta akan memberikan perbelanjaan melalui Tuan sebagai penjaga bagi penggunaan persekolahan Missclyen.