SEORANG lelaki bertindak licik dengan berpura-pura sakit bagi mendapatkan rawatan sebelum menyelinap masuk ke dalam sebuah klinik dan mencuri beg milik seorang doktor di Menggatal, Sabah baru-baru ini.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 8 pagi Khamis di sebuah klinik kerajaan di Menggatal, suspek dikatakan datang ke klinik berkenaan untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan.
Menurut perkongsian di aplikasi WhatsApp pada Jumaat, suspek didakwa menyelinap masuk ke dalam sebuah bilik sebelum melarikan beg seorang doktor yang bertugas.